Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Perlukah kita mandi wajib sekiranya kita ada menggunakan ubat yang perlu di masukkan melalui faraj wanita ( setiap hari)
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...
Merujuk kepada persoalan puan, tidak perlu mandi wajib disebabkan perkara tersebut kerana memasukkan ubat melalui faraj bukanlah perkara yang mewajibkan mandi wajib.
والله أعلم بالصواب