Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam , saya ingin bertanya tahun lepas saya ada krisis dengan suami disebabkan dia ada berhubung dengan perempuan lain. tapi disebabkan saya tengah sarat mengandung, kami buat keputusan untuk teruskan hubungan. tapi sewaktu bergadoh saya ada mntk cerai, dia ade sebut tnggu lepas bersalin. adakah jatuh talak? selepas habis pantang , di sebabkan hati masih sakit , kami ada bergaduh disebabkan isu ni lagi. suami naik angin dan ade lafaz kan 'aku tknak kau korek2 mencari2 lagi crta lama cerita2 yang dah lepas, kalau buat lg lepas ni aku ceraikan kau. sebab sekarang saya masih cek phone , media sosial dia untuk tahu aktiviti dia sekarang , ada jugak la cuba2 untuk mencari siasat mungkin dulu ada account media sosial lama yang pernah digunakan untuk berhubung dengan pmpuan lain yang saya tidak pernah tahu .tp tujuan utama saya untuk pastikan yg smua tu tidak di gunakan lagi sekarang sebab sangat trauma dengan apa yang dah jadi. jadi soalan saya , adakah jatuh talak?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Dalam persoalan puan, terdapat dua isu :
Isu pertama : Isteri minta cerai ketika sarat mengandung dan suami sebut tunggu selepas bersalin
Dalam isu ini, cerai akan berlaku sekiranya selepas puan bersalin pihak suami ada melafazkan cerai. Jika sekiranya selepas puan bersalin suami tidak ada melafazkan cerai maka cerai tidak berlaku.
Isu kedua : Suami didakwa ada melafazkan " Aku tak nak kau korek-korek, mencari-cari lagi cerita lama, cerita-cerita yang dah lepas, kalau buat lagi aku ceraikan kau"
Dalam isu ini, lafaz tersebut adalah merupakan lafaz taklik dan secara asasnya jika suami bertaklik menceraikan isterinya, maka ianya boleh menyebabkan jatuh talak sekiranya dilanggar taklik tersebut. Ini berikutan lafaz tersebut adalah lafaz yang soreh atau jelas.
Walaubagaiamanapun, untuk pengesahan samada taklik tersebut jatuh talak atau tidak, puan bolehlah merujuk ke Mahkamah Syariah yang berhampiran dalam kadar yang segera kerana pengesahan perceraian adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah
والله أعلم بالصواب