BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

PERTANYAAN MENGENAI HUKUM SYARAK MENGGUNAKAN DEWAN YANG BERSEBELAHAN SURAU UNTUK SOLAT TARAWIH BAGI MUSLIMAT (PEREMPUAN) DI KAWASAN PANGSAPURI KENANGA, JALAN EMPAT, TAMAN PUTRA SULAIMAN,68000, AMPANG SELANGOR

Tuan Yang Dihormati,

Memandangkan SOP yang wajib dipatuhi seperti penjarakkan fizikal semasa solat, seluruh ruang surau hanya digunakan untuk jemaah muslimin sahaja dan tidak dapat menampung jemaah muslimat untuk solat tarawih.

Anggaran jemaah muslimat dalam 15 orang. Untuk makluman situasi : 

1) Jarak antara dewan dan surau kurang daripada 25 kaki.

2) Mempunyai pembesar suara di dalam dewan tersebut.

3) Bumbung berasingan atau terpisah diantara dewan dan surau.

4) Jika dari dalam dewan boleh nampak surau melalu tingkap yang besar.

5) Jika dari dalam surau boleh nampak dewan melalui tingkap yang besar.

Persoalan kami dari segi hukum syarak, bolehkah dewan digunakan oleh jemaah muslimat untuk solat tarawih.

Ucapan jutaan terima kasih diatas penerangan dan pengesahan perkara ini.

Sekian.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umum berdasarkan "Garis Panduan Solat Berjamaah Di Masjid, Bangunan Selain Masjid dan Tanah Lapang" solat berjamaah didirikan di 3 tempat iaitu:

1. Masjid

2. Bangunan selain masjid seperti surau, madrasah, dewan dan lain-lain tempat yang bersesuaian

3. Tanah lapang

Berdasarkan gambaran yang diberikan berikut adalah ulasan Jabatan ini:

1) Isu : Jarak antara dewan dan surau kurang daripada 25 kaki. 

    Ulasan : Jarak bukanlah penghalang sah solat berjamaah selagimana isu rabitah (penghubung) dapat diselesaikan

2) Isu : Mempunyai pembesar suara di dalam dewan tersebut.

    Ulsan : Pembesar suara bukanlah syarat sah solat berjamaah. Syarat di dalam solat berjamaah adalah makmum dapat melihat imam atau sebahagian dari makmum yang bersolat dibelakang imam

3) Isu : Jika dari dalam dewan boleh nampak surau melalu tingkap yang besar.

    Ulasan : Tidak memadai hanya dapat melihat dari tingkap kerana perlu ada pintu penghubung antara jamaah di surau dan di dewan. Pintu tersebut mestilah boleh dilalui oleh makmum untuk pergi kepada imam tanpa membelakangkan kiblat.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk "Garis Panduan Solat Berjamaah Di Masjid, Bangunan Selain Masjid dan Tanah Lapang" yang dikeluarkan oleh Jabatan ini.

https://www.muftiselangor.gov.my/images/pdf/Garis%20Panduan%20&%20Penerbitan/new%20edited%20GP%20solat%20tanah%20lapang.pdf

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.      

 

 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 196

message user image