BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam ustaz

Bapa saya sudah meninggal

Saya anak ke dua daripada 10 adik beradik daripada isteri kedua arwah bapa saya

Bapa saya seorang peneroka felda dan ada 10ekar tanah 

Geran tanah ada nama bapa dan isteri pertama

Kerajaan beli tanah dengan harga RM 2 juta

1 juta isteri pertama ambil kerana dia cakap ini harta sepencarian

Baki lagi 1juta dibahagikan mengikut faraid yang diuruskan oleh anak isteri pertama

Ibu arwah bapa masih hidup

Isteri pertama ada 11 orang anak

Ibu saya ( isteri kedua)  ada 10 orang anak

Anak lelaki dan perempuan  dapat bahagian yg sama (33ribu) selepas sebahagian adik beradik saya bersetuju

Soalan saya

Betulkah bahagian 1juta yang diambil oleh isteri pertama itu miliknya kerana namanya ada di dalam geran tanah dan adakah pembahagian harta ini betul? 

Saya harap pihak ustaz boleh menjelaskannya

Terima kasih

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan tuan, pembahagian tersebut perlu dibuat dengan amanah dan adil. Adil bagi semua ahli waris yang ditinggalkan iaitu ibu arwah, kedua-dua orang isteri, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya. 

Bagi tuntutan harta sepencarian, baik isteri pertama mahupun isteri kedua, layak untuk menuntutnya kerana masing-masing ada sumbangannya sepanjang perkahwinan mereka bersama arwah bapa. Berikut adalah fatwa di Negeri Selangor berkenaan harta sepencarian:

1. Harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan di Negeri Selangor boleh dibahagikan kepada suami atau isteri sebelum difaraidkan termasuk setelah dilepaskan tanggungan si mati.

2. Pembahgian harta sepencarian tersebut hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dari kedua-dua belah pihak .

3. Persetujuan pembahagian hendaklah dibuat melalui perintah mahkamah.

(Rujukan link : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/102-fatwa-tentang-harta-sepencarian-selepas-kematian-salah-satu-pihak-dalam-perkahwinan-di-negeri-selangor)

Oleh yang demikian, keputusan pembahagian harta sepencarian mestilah dibuat melalui perintah Mahkamah Syariah. Justeru, tuan bolehlah merujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berdekatan tempat tinggal untuk menjelasan selanjutnya.

Begitu juga dengan pembahagian faraid, setelah selesai urusan tuntutan harta sepencarian, bakinya barulah boleh difaraidkan kepada ahli waris. Jika timbul keraguan atau kemusykilan sebaiknya tuan boleh merujuk terus ke pihak Baitulmal Negeri yang mempunyai bidangkuasa dalam penentuan pembahagian faraid tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 85

message user image