BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya baru menjual sebuah rumah dengan harga RM2XXK kepada pembeli. Bagaimanapun pembeli telah make up  harga pembelian rumah  kepada RM3XXK semasa membuat permohonan pinjaman bank dan pembeli bersetuju menanggung semua kos yang dikenakan diatas perbezaan harga sebenar dengan harga make up.

Untuk pengetahuan ustaz,saya ada membuat permohonan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah LHDN (CKHT) dan permohonan tersebut  telah diluluskan. Dalam permohonan tersebut harga jualan rumah adalah mengikut harga make up. Oleh itu, pembeli telah membayar kos perbezaan harga  bagi Cukai Keuntungan Harta Tanah tersebut sebelum kelulusan dikeluarkan.

Kemusykilan saya ialah  “Adakah saya boleh mengambil kos perbezaan harga  bagi Cukai Keuntungan Harta tersebut yang telah dibayar oleh pembeli kepada saya”?

#Jika saya tidak membuat permohonan pengecualian CKHT tersebut, pembeli memang akan menanggung kos perbezaan tersebut.

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, setiap penjualan hartanah akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas penjual berdasarkan harga jualan. Harga jualan puan adalah RM300,000 iaitu mengikut kepada permohonan pinjaman / pembiayaan bank.

Dalam isu ini, sekiranya pembeli membayar kos perbezaan harga bagi cukai tersebut kepada puan, ia kebiasaannya disebabkan kerelaan hati pembeli untuk mewujudkan situasi menang-menang kerana memperolehi pinjaman / pembiayaan lebih tinggi dari harga jualan sebenar dengan persetujuan puan. Oleh itu, puan boleh menerima kos perbezaan harga bagi (CKHT) yang dibayar oleh pihak pembeli dengan syarat saling redha meredhai antara satu sama lain. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 74

message user image