BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,saya nak tanya . Saya ada ke bengkel kereta harini,semasa sedang baiki kereta , mekanik tersebut menghalau anjing peliharaanya tapi anjing tersebut bermain denganya dan mengigit tanganya, nampak ada air liur anjing yang jatuh,dan gigitan kat tangan dia ,saya nampak dia lap di baju dan belakang seluarnya. Saya minta dia basuh dulu tangan,kemudian dia basuh tanganya dan lap di seluar nya semula tempat dia lap lepas anjing gigit tangn dia tadi.Setelah selesai baiki saya perasan ada kesan basah di seat pemandu. Tak pasti dari seluar dia yang lap selepas basuh atau pun tidak,adakah saya perlu sertu seat,dan tempat yang dia pegang. Dan saya juga kena sertu?Terima kasih atas jawapan sebelum ni, saya perlukan kepastian jika benar ada najis apa yang perlu saya sertu?,adakah semua tempat yang dia pegang dan kemudian diri saya serta kawasan yang dipegang semua tempat lain selepas kejadian itu. Harap dapat pencerahan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu itu terkena najis melalui ain, warna dan rasa. Namun jika tuan sekadar mengesyaki sahaja kemungkinan seat pemandu terkena air liur anjing, maka para ulama telah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini. Di antaranya adalah kaedah yang masyhur iaitu :

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

Maksudnya : "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan".

Berdasarkan kaedah ini, apabila tiada bukti yang jelas seat pemandu itu terkena air liur anjing, maka seat pemandu itu kekal suci. Jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh ada menyatakan bahawa: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: "Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan".

Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu disertu. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak perlu disertu dan hanya perlu dibersihkan seperti biasa sahaja. Namun jika masih tidak tenang, laksanakan lah sertu. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 126

message user image