Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM.
SAYA INGIN KAN KEPASTIAN ATAS MASALAH YANG SAYA TENGAH HADAPI SEKARANG INI.
SEBELUM NI,SAYA PERNAH BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI 7 ORANG ANAK.SEKARANG SAYA DAH PUN BERKAHWIN BARU DENGAN SEORANG IBU TUNGGAL YANG MEMPUNYAI 3 ORANG ANAK.
SOALAN SAYA,SEBELUM SAYA BERKAHWIN BARU,ISTERI SAYA BEKERJA,SEMUA HUTANG² UNTUK DIRI DIA SENDIRI CONTOHNYA MACAM PERSONAL LOAN, KERETA,SEGALA HUTANG ATAS NAMA DIA,DIA BAYAR SENDIRI.SEKARANG,ISTERI SAYA DAH TAK BEKERJA. PATOT KE SAYA BAYAR HUTANG² ISTERI SAYA TU?ADAKAH JADI TANGGUNGJAWAB SAYA UNTUK BAYAR?
ANAK TIRI SAYA MASIH BELAJAR,ADAKAH SAYA KENA TANGGUNG JUGA ANAK² TIRI SAYA TU,WALAUPUN AYAH MEREKA MASIH HIDUP?TAPI,AYAH KANDUNG MEREKA TAK PERNAH AMBIL TAHU PASAL ANAK² TIRI SAYA.SEMUA KEPERLUAN ISTERI SAYA YANG BANYAK BERKORBAN.SAYA PUN TAK PERNAH NAK AMBIL TAHU.PATUT KE BEGITU?
ANAK² KANDUNG SAYA SEMUA DAH BESAR²,SEORANG SAJA LAGI MASIH BERSEKOLAH. DENGAN DUIT SEWA RUMAH BULANAN SAYA SERAHKAN PADA ANAK SAYA SEBAGAI TANGGUNGJAWAB SAYA TERHADAP ANAK KANDUNG SAYA.TAPI,UNTUK ANAK TIRI,SAYA TAK AMBIL PEDULI?PATUT KE SAYA BUAT BEGITU?
SAYA MASIH LAGI BERHUTANG DENGAN ISTERI SAYA BATAL AIR SEMBAHYANG. SUDAH 2 TAHUN KAMI BERKAHWIN TAPI,SAYA MASIH ABAIKAN NAFKAH TERHADAP ISTERI SAYA.PATUT KE SAYA BIARKAN SAJA HUTANG² NAFKAH DAN BATAL AIR SEMBAHYANG TU PADA ISTERI SAYA.
BARU² NI,ISTERI SAYA ADA BERCAKAP DENGAN SAYA,DIA NAK PINJAM DUIT KWSP SAYA UNTUK SELESAIKAN SEMUA HUTANG² DIA.TAPI,DENGAN EGO SAYA,SAYA BUAT TAK TAHU SAHAJA SAMPAI KAMI BERGADUH MULUT.
SAYA AKUI,ADA TERKILAN NYA PADA ISTERI SAYA,SEBAB SAYA NAK JUMPA ANAK² KANDUNG SAYA,TAPI DIA MENGHALANG.DENGAN ALASAN,SAYA LEBIHKAN ANAK² KANDUNG SAYA DARIPADA DIA.MUNGKIN BETUL.BILA ANAK² SAYA MINTA APA² SAYA BAGI SAJA.TAPI,BILA ISTERI SAYA SENDIRI MINTA EMAS,MINTA DUIT,SAYA BERKIRA DENGAN ISTERI SAYA SENDIRI.DIA CAKAP,SAYA BANYAK BERHUTANG DENGAN DIA.SALAH SATU NYA,NAFKAH,BATAL AIR SEMBAHYANG. ISTERI SAYA CAKAP,SAYA KENA SELESAIKAN SEMUA HUTANG² TU DULU,BARU SAYA BOLEH JUMPA DENGAN ANAK² SAYA.LAGI PULA,ANAK² SAYA TAK BOLEH TERIMA SAYA KAHWIN LAIN.SAMPAI KAN ANAK² SAYA PANGGIL ISTERI SAYA PEREMPUAN SAMPAH,SUNDAL,JALANG,PUKIMAK.ISTERI SAYA KENA HINA,DI CAKAP MACAM² ,TAPI SAYA CAKAP PADA ISTERI SAYA TU BUKAN MASALAH SAYA.TU MASALAH ISTERI SAYA DENGAN ANAK² SAYA.PATUT KE SAYA CAKAP MACAM TU?
BANYAK SAYA MUSYKIL PASAL SEMUA SOALAN DI ATAS.HARAP DAPAT MEMBANTU.
TERIMA KASIH.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan ;
1. Hutang-hutang isteri tuan adalah menjadi tanggungjawab dirinya sendiri untuk menyelesaikan segala hutang-hutang tersebut. Bagaimanapun selepas beliau menjadi isteri, tuan bertanggungjawb ke atasnya. Adalah tidak menjadi kesalahan untuk tuan sama-sama membantu menyelesaikan segala hutang-hutang yang ada. Tambahan pula apabila isteri tuan tidak lagi bekerja yang menyebabkan beliau hilang punca pendapatan bagi melunaskan hutang tersebut.
2. Anak-anak tiri tuan pula, adalah menjadi tanggungjawab ke atas ayah kandung anak tersebut kerana walaupun telah berpisah dengan isteri tuan, anak-anak tersebut tetap menjadi tanggungjawab ayah kandung dalam sudut pemberian nafkah sehingga anak tersebut dewasa dan boleh berdikari. Sebagai ayah tiri dan rasa tanggungjawab, tuan juga masih perlu mengambil berat dan sedikit sebanyak membantu dalam urusan harian anak-anak tersebut. Di atas rasa kemanusiaan bantulah isteri tuan dalam membesar dan mendidik anak-anak tersebut. Adalah tidak wajar sekiranya tuan membiar atau mengabaikan terus kebajikan anak-anak tersebut.
3. Hutang nafkah dan hutang mas kahwin sekiranya belum ditunaikan, ia merupakan suatu hutang yang wajib dibayar kepada isteri. Selama mana ia belum ditunaikan selama itulah bayaran tersebut akan kekal sebagai hutang yang perlu dibayar. Menjadi kewajipan suami memberi nafkah terhadap isteri dan mereka yang dibawah tanggungannya.
4. Tiada salahnya jika tuan membantu isteri dengan memberinya pinjaman sebagaimana yang dipinta. Tambahan pula ia adalah bagi tujuan melunaskan segala hutang-hutang yang ada. Bersegera dalam menyelesaikan hutang adalah sifat yang dituntut dan terpuji.
5. Isu hubungan yang kurang baik antara isteri dan anak-anak kandung tuan, sebaiknya tuan berusaha untuk menghubungkan hubungan yang baik sesama mereka. Adalah tidak wajar untuk tuan mengatakan bahawa hubungan yang tidak baik tersebut adalah urusan mereka sendiri. Tuan sebagai ketua keluarga sepatutnya menjadi orang tengah dalam memperbaiki hubungan sesama ahli keluarga.
والله أعلم بالصواب