BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan. Mohon bertanya.

Isteri saya meninggalkn puasa sebab bersalin pd thn 2013,2016 sudah bayar fidyah pd thn 2017..tetapi masih belum sempat qada sehingga thn ni(2021)..bagaimana kiraan fidyah yg baru. Adakah perlu dikira Dr awal semula?

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan tuan, sekiranya bayaran fidyah telah dibuat pada tahun 2017 dan puasa yang ditinggal  bagi tahun 2016 juga telah selesai di qada' , maka bayaran fidyah dan qada' puasa pada tahun tersebut adalah selesai. Bagaimanapun sekiranya terdapat puasa yang belum dapat diqada' maka perlu di diqada' baki puasa yang ditinggal daripada tahun 2017 sehingga Ramadhan 2020. Jumlahkan semua bilangan hari puasa yang ditinggalkan dan tempoh qada’ semuanya adalah sehingga Sya’ban 2021. 

Dalam perkara ini yang lebih diutamakan adalah  qada' puasa terlebih dahulu. Sekiranya selesai urusan qada' puasa dan telah membayar fidyah mengikut jumlah hari yang diqada' maka ia dikira telah selesai.  Jika terdapat puasa yang tidak dapat diselesaikan sehingga masuk bulan Ramadhan 2021, maka jumlah puasa tersebut  perlu didarab dengan bayaran untuk fidyahnya sebab melangkau tahun.

Contoh :

50 hari ( jumlah tinggal puasa)  x RM1.80 (kadar secupak)= RM90

والله أعلم بالصواب

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 141

message user image