BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum group mufti, nak tanya, haritu saya ada lihat website Mufti Wilayah Persekutuan bahawa darah yang sedikit pada daging adalah suci kerana sifatnya tidak mengalir, adakah jika darah yang sedikit daripada luka juga dikira suci kerana sifatnya tidak mengalir? dan adakah boleh terus dicampurkan ke dalam mesin basuh?Mohon penjelasan, dan nak tanya, adakah mulut zakar yang boleh dibuka itu dikira saluran kencing ? Dulu saya pernah sekolah agama dan telah mempelajari perkara-perkara yang membatalkan puasa, oleh sebab telah saya belajar,maka ketika ke puasa tahun 2019, saya telah membuka mulut zakar dan melalukan air ke atasnya dab saya terus berpuasa seperti biasa, dan sekarang ada orang yang mengatakan bahawa ianya membatalkan puasa, adakah kes ini dihukumkan sebagai "lupa" dan puasa tetap sah kerana lupa , sebab last saya belajar di sekolah agama pada tahun 2015, dan memang saya tidak ingat rongga ain yang dimaksud boleh ustaz dulu2, tapi saya rasa saya sudah belajar kerana memang dalam sekolah agama akan tekankan bab puasa ini, jadi adakah saya tidak perlu qadha' kerana keuzuran lupa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, darah adalah najis. Sehubungan itu, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu bagi memenuhi syarat sah solat. Adapun dalam beberapa hal yang lain, darah juga dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan apabila darah tersebut terlalu sedikit dan tidak nampak pada pandangan mata kasar dan darah yang keluar itu tidak mengalir dari tempat lukanya. Bagi pakaian yang telah terkena darah, sebaiknya hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.  

Seterusnya, antara perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah memasukan sesuatu ke dalam ruang rongga yang sedia terbuka seperti mulut, telinga, kemaluan dan dubur. Sehubungan itu, melalukan air dengan membuka mulut zakar adalah termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa (sekiranya diyakini ia masuk ke dalam bukan sekadar lalu sahaja). Ibadah puasa tersebut hendaklah diqadha dan berdoa kepada Allah SWT semoga usaha memperbaiki ibadah ini diterima olehNya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 184

message user image