Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam, saya bekerja di klinik haiwan. Lantai klinik selalu terkena tahi, air kencing dan air liur anjing. Cleaner akan bersihkan najis tersebut tetapi tidak sertu. Adakah anjis akan berpindah ke selipar saya sekiranya saya memijak lantai yang basah.. Dan selipar tersebut pindahkan najis ke tempat- tempat lain yang dipijak ketika basah. Sebab saya memang tidak dapat elakkan dari memijak lantai yang basah.. Kerana cleaner mop lantai setiap hari. Perlu ke saya sertu selipar saya setiap hari?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan, bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna dan rasa. Oleh itu, dalam situasi seperti yang dinyatakan, puan diwajibkan untuk menyertu selipar yang digunakan setiap kali selepas selesai bertugas di klinik haiwan tersebut. Walaupun lantai klinik sentiasa dibersihkan namun ia masih tetap tidak suci daripada najis anjing tersebut. Adalah dicadangkan untuk mengurangkan bebanan menyertu selipar setiap kali selesai bertugas, puan boleh menggunakan selipar khas untuk kegunaan dalam klinik sahaja.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.