BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz, 

saya ingin bertanya,

bagaimanakah wudu dan solat bagi orang yang mempunyai masalah kentut berterusan? adekah dia boleh menjadi imam?

adekah konsep hukumnya adalah sama seperti orang yang mempunyai kencing tidak lawas?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, wuduk bagi seseorang yang mengalami masalah keluar angin (kentut) berterusan sehingga tiada senggang masa yang mencukupi untuk berwudhuk dan solat adalah diberi rukhsah (keringanan) oleh Hukum Syarak. Kaedah berwuduk adalah seperti berikut;

  1. Pastikan telah masuk waktu solat.
  2. Sucikan najis pada kemaluan jika ada.
  3. Dimasukkan kapas di kemaluan dan memakai lampin jika perlu.
  4. Berwuduk dan solat dengan segera.
    • Membasuh muka beserta berniat: “Sahaja aku berwuduk bagi mengharuskan fardhu solat kerana Allah Ta’ala”.
    • Sempurnakan wuduk seperti biasa.
    • Sekiranya angin masih keluar ketika berwuduk atau solat, ia dimaafkan kerana masyaqqah (kesukaran).
    • Solat sah dan tidak perlu diqada.        

Harus dan sah solat bagi seseorang yang mengalami masaalah kencing atau angin tidak lawas untuk mengimamkan orang lain samaada makmum seorang yang sihat atau mengalami masaalah yang sama dengan syarat mestilah mengikut kaedah berwuduk di atas.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 155

message user image