Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Dato/ Ustaz yg berkenaan.
Kalau imam dlm solat maghrib secara tak sengaja berhenti ketika ayat Al fatihah yg berbunyi.
Ghoiril marghdubi alaihim........berhenti
Kemudian imam terus sambung sahaja bacaan Waladollin...Amin.
Adakah ia salah dan solat nya terbatal.
Kalau batal apakah sebab nya,
Boleh ustaz beri jawapan secara terperinci.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Kalau imam dalam solat maghrib secara tak sengaja berhenti ketika membaca surah al fatihah yang berbunyi : Ghoiril marghdubi alaihim..berhenti, kemudian imam terus sambung sahaja bacaan Waladollin...Amin, maka bacaan fatihahnya sah cuma ia tidak sesuai dengan bacaan riwayat hasf daripada 'asim yang merupakan bacaan kebanyakan masyarakat Islam di dunia.
والله أعلم بالصواب