BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, diharap ustaz sudi menjawab soalan yang terbuku ini.

Jika tidak diterima dimasuk ke dalam portal, harap pihak ustaz dapat menjawab nya di dalam email.

.

Persoalan saya berkaitan sumpah dan ada berbagai situasi

.

Saya pernah bersumpah untuk tidak beronani dan menonton video lucah ketika sekolah menengah , malangnya saya tetap melakukannya,  saya ada membaca kafarahnya , antaranya berpuasa 3 hari,maka  setiap kali saya beronani, saya akan berpuasa 3 hari tetapi tidak berturut- turut. 

.

Kemudian saya ada terbaca, setiap kafarah akan terbatal jika kita melanggarnya, mulai hari itu, saya bayar kafarah(berpuasa 3 hari) jika saya memperbaharui sumpah saya dan melanggar sahaja sahaja, bukan setiap kali saya beronani dalam satu sumpah

.

Persoalan utamanya apakah kafarah itu sah, saya ada terbaca kena bayar makan untuk orang miskin dahulu sebelum berpuasa...

Jika masih berbaki kafarah, apa yang perlu saya buat , dan berapa jumlah fidyah yang perlu saya bayar.

.

Alhamdulillah, saya beransur-ansur meninggalkan onani dan saya sedar bersumpah sahaja bukan jalannya.

.

Terima kasih ustaz kerana sudi menjawab.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, sumpah untuk meninggalkan perkara yang haram adalah sah dan wajib untuk dilaksanakan. Jika tuan melanggar sumpah yang telah dibuat, wajib untuk membayar kaffarah. Ini berdasarkan frman Allah S.W.T. dalam surah Al-Maidah ayat 89:-

لَا يُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغْوِ فِىٓ أَيْمَٰنِكُمْ وَلَٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلْأَيْمَٰنَ ۖ فَكَفَّٰرَتُهُۥٓ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَٰكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَٰثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّٰرَةُ أَيْمَٰنِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَٱحْفَظُوٓا۟ أَيْمَٰنَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُون

Maksudnya: “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya)”

Suhubungan itu, dalam kes tuan ini dinasihatkan untuk tetap menjaga sumpah semampu tuan. Jika satu hari nanti tuan masih melanggar sumpah yang dibuat, wajib ke atas tuan untuk membayar kaffarah salah satu daripada tiga perkara yang telah dijelaskan dalam surah Al-Maidah ayat 89:-

1. Memberi makan 

2. Memberi pakaian

3. Membebaskan hamba.

Jika masih tidak mampu untuk melaksanakan salah satu daripada tiga di atas, tuan hendaklah berpuasa selama tiga hari. Juga tuan dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam melafazkan sumpah kerana ia bukan perkara yang boleh diambil remeh serta boleh mendatangkan dosa jika tidak dapat dilaksanakan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 252

message user image