BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Salam, jikalau non muslim atau orang murtad, adakah memadai mengucap dua kalimah syahadah secara sirr seperti berbisik akan tetapi diri sendiri dengar kalimah tersebut atau perlu diucapkan secara jahar?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, wajib mengucap kalimah syahadah secara jahar atau secara terang kerana ia merupakan salah satu syarat sah syahadah. Kalimah syahadah yang diucapkan dengan ikhlas dan memahami maksudnya adalah sebagai satu bentuk pengisytiharan bahawa seseorang itu penganut agama Islam atau seseorang itu telah bertaubat dengan memperbaharui syahadah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 177

message user image