BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya Muhd Danish , nak minta pencerahan pihak mufti jika kita bussines online di platform e commerce, tapi kita tidak pasti 'atau' kita tahu syarikat tu tidak support Israel tetapi kita pasti negara syarikat tu ada diplomatik. Contohnya,syarikat e - commerce 'shopee'  daripada negara Singapore. Dari apa yang saya search di Google, Singapore dan Israel ada hubungan diplomatik dan berurusan antaranya dalam perdagangan 'military' . Dari aspek ekonomi,apa yang saya ketahui syarikat mesti akan bayar cukai kat negara. Saya tak pasti 'flow income' negara Singapura melalui cukai dari syarikat 'shopee' tu digunapakai atau dibelanjakan untuk sektor ekonomi yang mana.Jadi pendapat pihak mufti, dibenarkan ke kalau kita masih teruskan bussines di platform tu sekiranya kita tiada kepastian tentang di mana 'flow income' daripada hasil cukai tersebut dibelanjakan oleh negara Singapura? .

 

Kedua, jika kita berurusan dalam bidang perniagaan dengan negara China misalnya ambil barang niaga dari pembekal negara China.. Tetapi negara China berurusan dengan negara Amerika yang sokong Israel. Dari segi ekonomi, pendapat saya mengatakan bahawa kedua2 negara dapat keuntungan. Sekiranya saya mendapatkan pembekal dari negara China utk perniagaan saya di Malaysia , pembekal tersebut ingin juga keuntungan sedikit daripada saya.Apa pendapat pihak Mufti? 

Seperti saya..saya menjalankan perniagaan jenis 'Affiliate marketing dan dropshipping'.. Minta pencerahan dan saranan dari pihak Mufti, sekiranya ada pembetulan tentang pertanyaan saya minta diperbetulkan.. Terima Kasih atas komitmen yang diberikan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada persoalan tuan, cukai perniagaan sememangnya menjadi salah satu sumber pendapatan bagi sesebuah negara dikenakan ke atas syarikat yang berpengkalan di negara tersebut. Sekiranya Syarikat e- commerce 'shopee' berpengkalan di negara Singapura, maka sudah tentu cukai dibayar kepada negara tersebut dan begitu juga halnya bagi syarikat pembekal dari negara China. Sekiranya dapat dipastikan tujuan penubuhan syarikat tersebut adalah untuk menyebarkan agama selain Islam atau memerangi umat Islam, maka perkara tersebut dikira syubhah dan perlu dielakkan. Firman Allah S.W.T ;

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya : “…dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”

Akan tetapi, sekiranya syarikat tersebut ditubuhkan atas tujuan komerisal dan bukan bertujuan memerangi Islam atau menyebar agama selain Islam maka harus berurusan dengannya. Walau bagaimanapun, berurusan dengan syarikat milik umat Islam lebih utama dan digalakkan. 

Sebuah negara mempunyai hak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain khususnya negara yang berpengaruh seperti Amerika atas pelbagai kepentingan seperti ekonomi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya. Sebagai contoh, Malaysia sebagai negara membangun juga mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Amerika atas kepentingan tertentu.

والله اعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 156

message user image