Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum wbt YBhg Mufti,
Saya ingin mendapatkan penjelasan yang kukuh berkenaan nama simati yang perlu diletakkan pada batu nisan. Berikut soalannya
1) Adakah benar mengikut sunnah jika simati berbin/bintikan nama ibu simati ?
2) Benarkah hanya ketika talkin sahaja berbin/bintikan ibu simati dan kenapa tidak pada semua urusan simati berbin si ibu sebab saya difahamkan bahawasanya urusan perihal simati selepas meninggal, harus disebut bersama nama si ibu
Jawapan
وعليکم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...
Merujuk persoalan yang dikemukakan:
1. Adalah menjadi amalan masyarakat Islam di Malaysia membacakan talkin (kepada) simati selepas selesai pengebumian jenazah, Imam atau wakil pengurusan jenazah akan menyebut nama (si fulan bin si fulan atau) si fulan bin si fulanah (nama ibu simati). Para ulama' berbeza pandangan dalam membinkan / membintikan nama si mati dengan sama ada dengan nama bapa atau dengannama ibu.
Terdapat para ulama' yang menyatakan bahawa si mati boleh dibin/bintikan kepada ibunya. Namun Majoriti para ulama' menyatakan hendaklah dibin/bintikan kepada ayahnya sebagaimana sewaktu di dunia. Ini berdasarkan beberapa dalil antaranya:
Dikisahkan daripada Abu Darda': Nabi S.A.W bersabda:
إنكم تُدعَونَ يومَ القيامةِ بأسمائِكم وأسماءِ آبائِكم فأحسِنوا أسماءَكم
Maksudnya:
Pada hari kiamat kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan dengan nama ayahmu, jadi berikanlah nama baik dirimu.
(Sunan Abu Daud)
selain itu ,
Firman Allah s.w.t
اُدْعُوْهُمْ لِاٰبَاۤىِٕهِمْ هُوَ اَقْسَطُ عِنْدَ اللّٰهِ ۚ فَاِنْ لَّمْ تَعْلَمُوْٓا اٰبَاۤءَهُمْ فَاِخْوَانُكُمْ فِى الدِّيْنِ وَمَوَالِيْكُمْ ۗوَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيْمَآ اَخْطَأْتُمْ بِهٖ وَلٰكِنْ مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوْبُكُمْ ۗوَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْمًا
Panggillah mereka (anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang adil di sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapak mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu jika kamu khilaf tentang itu, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
ini ditambah lagi dengan sabda Rasullah s.a.w:
-إنَّ الغادِرَ يُرْفَعُ له لِواءٌ يَومَ القِيامَةِ، يُقالُ: هذِه غَدْرَةُ فُلانِ بنِ فُلانٍ
Dari Ibnu Umar r.a katanya: Nabi ﷺ bersabda, "Untuk setiap pengkhianat (orang yang jahat), bendera akan dinaikkan pada Hari Kebangkitan, dan akan diumumkan (di depan umum) Ini adalah pengkhianatan (si pengkhianat) dari anak lelaki dan sebagainya. "
(Sahih al Bukhari)
Adapun begitu tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana orang yang meneruskan amalan biasa membaca talkin memandangkan kedua-dua pandangan terdapat terdapat dalil dan nas dari al-sunnah.
2. Bagi urusan perihal selepas kematian seperti harta pusaka, hutang piutang, takaful dan sebagainya adalah menggunakan nama berbinkan bapa sepertimana tuntutan menasabkan nama kepada nama bapa dan dokumen rasmi simati sebagaimana tercatat dalam kad pengenalan.
3. Tiada halangan dalam meletakkan nama simati pada batu nisan sebagai tanda dan pengenalan kepada kaum keluarganya.
Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh rujuk Garis Panduan Pengurusan Pengebumian Jenazah: https://www.muftiselangor.gov.my/perkhidmatan/penerbitan/garis-panduan
Kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.
sekian
والله أعلم بالصواب