BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Apakah hukum , pihak suami isteri ni tak pergi ke mahkamah untuk buat pengesahan lafaz cerai dan hanya bertanya pada ustaz, mufti atau ahli agama sahaja tentang sesuatu hukum dan mereka kata talak tidak jatuh, jadi pasangan tersebut teruskan hidup seperti biasa... Apa hukumnya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam ( Negeri Selangor ) Tahun 2003 :

Seksyen 57. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah
(1) Walau apa pun seksyen 55, seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.
(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada seksyen 125—
            (a) membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;
            (b) merekodkan perceraian itu; dan
            (c) menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

Walaupun mungkin dari sudut pandangan ahli-ahli agama lafaz tersebut tidak jatuh namun harus difahami bahawa pengesahan lafaz cerai adalah berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Dalam Seksyen 57(2) juga telah dinyatakan bahawa pihak mahkamah akan mengadakan siasatan bagi memastikan sesuatu lafaz talak itu jatuh atau sebaliknya dan sekiranya sah jatuhnya talak, maka mahkamah akan mengeluarkan suatu perintah pengesahan talak tersebut. Pandangan individu walaupun seorang ustaz adalah tidak mengikat dari segi undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

والله أعلم بالصواب 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 172

message user image