BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam Ustaz,

Siapakah Ahli Naubah?

 

Tqvm


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد    

Merujuk kepada soalan yang diajukan, dari sudut geografi,  Naubah merupakan satu daerah yang terletak di selatan mesir yang bersempadan dengan negara Sudan (sekarang Aswan). Ahli Naubah merujuk kepada penduduk wilayah berkenaan yang asalnya merupakan arab badwi berpindah dan menetap di situ. Penduduk Naubah digambarkan oleh orang Mesir sebagai orang berkulit hitam. Wilayah asal Naubah adalah di antara selatan Mesir dan utara Sudan.

Menurut kitab al-Bidayah wa al-Nihayah, ada pendapat yang menyatakan insan soleh bernama Luqmanul Hakim yang diceritakan di dalam al-Quran adalah berasal dari wilayah tersebut. Menurut sejarah, Naubah atau Nubia menjadi pintu gerbang menuju kekayaan Afrika, dan hasil bumi seperti emas, tembaga, gading, dan haiwan mengalir melalui Nubia melalui Sungai Nil. 

Raja-raja Mesir Kuno cuba menguasai kekayaan sumber alam Nubia, diantaranya hasil emas dan juga laluan perdagangan penting yang melintasi wilayah Nubia. Hubungan dagang yang terjadi antara Mesir dan Nubia menjadi penyebab Mesir mendominasi Nubia pada ketika itu. 

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 998

message user image