BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t , saya ingin bertanya tentang status halal & haram pekerjaan saya.

 

Saya bekerja di sebuah syarikat kecil yang memerlukan kami untuk travel ke merata negeri untuk mencari sale. Soalnya, setiap kali kami travel kami akan menetap di homestay, bercampur lelaki & perempuan dalam rumah yang sama, katanya untuk mengurangkan kos pembelanjaan penginapan.

Walaupun kami tidak melakukan sebarang maksiat, dari awal lagi saya sudah tidak selesa sebabnya setahu saya duduk serumah antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah berdosa kerana boleh mendatangkan fitnah.

Awal-awalnya, saya tidak diberi penerangan yang kami akan kena tinggal serumah. Saya bekerja selama 3 bulan dan masa itu walaupun saya rasa tidak selesa bekerja dengan cara ini, saya teruskan kerana masih tidak sedar apa yang saya buat adalah salah. Bila saya dinasihat oleh ibu bapa saya, saya minta berhenti serta merta.

Sekarang saya dah berhenti dari kerja itu, tapi soalan saya, duit yang saya dapat daripada usaha sales saya tu, adakah halal atau haram untuk saya guna?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, duit yang diperolehi hasil daripada usaha sales puan tersebut adalah sesuatu yang diberikan sebagai ganjaran atau upah atau komisyen kepada sesuatu perbuatan. Oleh itu, ianya adalah halal dan boleh digunakan kerana duit tersebut adalah dari usaha atau kerja-kerja yang telah puan lakukan.

Walau bagaimanapun, dalam kesibukan mencari rezeki ini perlu dititikberatkan adab atau akhlak dan hukum syarak dalam setiap kerja yang dilakukan agar rezeki yang diperolehi lebih mendapat berkat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 155

message user image