BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t

Saya pertanyaan dan mohon pencerahan selain membaca surah-surah lazim saya juga  saya amalkan membaca surah taubah ayat 128-129 dan surah talaq ayat 2-3 dan kedua-dua surat dan ayat- ayat ini menjadi amalah saya membacanya dalam solat fardhu. Persoalan saya ;

1. Apakah hukumya dan adakah menjadi satu kesalahan atau tidak dibenarkan membacanya dalam solat fardhu memandangkan ia hanya 2 ayat  dari dalam setiap satu surah

2. Adakah dibenarkan dan dibolehkan saya amalkan ayat -ayat tersebut di atas dalam solat fardhu ? sedangkan hakikatnya saya sering difahamkan bahawa kedua2 surath dan ayat-ayat  tersebut hanya boleh diamalkan  setiap kali lepas solat fardhu.

3. Ada ketika ketikanya saya membaca 3x kali sehingga 7x kali ayat2 tersebut dalam setiap rakaat dalam solat fardhu adakah dibenarkan dan sah solat fardhu  saya.?

Mohon pencerahan ustaz mengenai perkara ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada persoalan puan,

1.   Adalah diwajibkan kepada seseorang untuk membaca ayat al-Quran secara bertutut - turut mengikut susunannya jika dibaca di dalam rakaat yang sama. Membaca satu surah dengan sempurna di dalam setiap rakaat adalah lebih baik berbanding membaca sebahagiannya. Adapun jika di dalam rakaat yang berbeza, disunatkan memilih surah mengikut urutan di dalam al-Quran.

Walau bagaimanapun, sekiranya puan membaca dua ayat masing-masing daripada surah al-Taubah dan al-Talaq, puan telah meninggalkan perkara yang utama (Khilaf Aula) dan solat tetap sah.

2.   Sekiranya ayat yang dibaca ketika selepas bacaan surah al-Fatihah itu adalah ayat al-Quran yang sempurna walaupun satu ayat, maka ia harus dibaca di dalam solat.

3.   Mengulangi bacaan ayat al-Quran atau surah tertentu di dalam solat adalah diharuskan dan tidak membatalkan solat.

Sebagai orang Islam, kita dianjurkan untuk beramal dengan amalan tertentu sekiranya terdapat hadith atau pandangan ulama' yang khusus menyokong amalan tersebut. Sebaiknya amalan membaca dua ayat dari dua surah-surah tersebut dibuat di luar solat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 148

message user image