BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam tuan. Bolehkah rumah anak yatim turut menguruskan anak2 perpecahan keluarga n anak miskin tinggal bersama d rumah anak2 yatim n makan makanan yg diperuntukan untuk anak yatim. Sekian tk


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan tuan, sekiranya rumah kebajikan tersebut dibina dan beroperasi dengan menggunakan dana khusus untuk anak yatim, maka selain daripada anak yatim tidak boleh tinggal di situ dan mengambil manfaat padanya. Adapun jika ia dibina dan beroperasi dengan menggunakan dana kebajikan secara umum, maka golongan lain seperti orang miskin, gelandangan dan mereka yang dalam kesempitan hidup boleh tinggal di rumah berkenaan dan memakan apa yang disajikan. Secara ringkasnya, apa sahaja wang yang diperolehi atas nama anak yatim, maka wang tersebut hanya boleh digunakan untuk maslahah atau kepentingan mereka sahaja dan tidak kepada yang lain. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Nisa' ayat 10;

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا


Maksudnya : "Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala."

Dalam mengurus harta anak yatim, kita perlu memastikan ianya diatur dengan baik dan teliti supaya dapat menjauhkan diri dan orang lain daripada memakan harta anak yatim secara zalim atau salah kerana perbuatan tersebut merupakan satu dosa dan  dibenci oleh Allah SWT. 

والله أعلم بالصواب     


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 141

message user image