Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ada dua akaun bank. Satu adalah akaun peribadi saya, yang saya memang bayarkan zakat simpanan setiap tahun. Satu lagi akaun adalah akaun 'tabung bersama' yang dicadangkan oleh kakak saya; saya dan adik-beradik saya akan bayar RM100 ke dalam akaun tabung bersama ini setiap bulan untuk tujuan kecemasan atau untuk membeli barang untuk ibu bapa kami.
Soalan saya adalah, adakah saya perlu bayar zakat wang simpanan bagi duit akaun tabung bersama itu, sebab saya tak pasti duit ini dikira hak milik siapa. Kami adik beradik perlu semua setuju sebelum menggunakan duit itu, jadi kami tak boleh gunakan untuk tujuan peribadi.
Terima kasih.
Jawapan
عليكم السلام ورحمةالله وبركاتة
الحمدلله رب العلمين والصلاة السلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana akaun kedua itu adakah "tabung bersama" maka penama akaun/ pemegang amanah bagi akaun tersebutlah yang bertanggungjawab untuk menguruskan pengeluaran zakat bagi akaun itu. Duit simpanan tersebut adalah hak milik ibu bapa yang dikumpul oleh adik-beradik untuk keperluan ibu bapa sebagaimana tujuan asalnya.
Sehubungan itu tuan bolehlah merujuk terus kepada pihak Lembaga Zakat Selangor berkaitan urusan zakatnya melalui web : https://www.zakatselangor.com.my
Atau terus ke kaunter zakat yang berhampiran tempat tinggal.
والله أعلم بالصواب