BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sejak kebelakangan ini, seperti sedia maklum kini movie/filem mudah di dapatkan di internet. Kebanyakan individu yang share akan dapat ke untungan melalui share movie tersebut. Adakah hasil ke untungan tersebut haram? Saya pernah berbincang dengan kawan saya berkenaan dengan tajuk ini dan saya juga telah membaca artikel berkenaan dengan tajuk ini, hasil daripada perbincangan dengan kawan saya 2 jawapan yang saya terima, 1. Haram kerana mengambil hak milik orang lain 2. Tidak haram kerana pembuat movie tersebut ada tempoh tertentu untuk mendapatkan hasilnya. Oleh itu, apabila hasilnya sudah di terima oleh pembuat movie, movie tersebut tidak haram untuk di kongsi dan mendapatkan keuntungan. Dan hasil daripada pembacaan artikel saya mendapati hukum mendapat keuntungan daripada movie halal hasilnya apabila kita mengshare movie yang bertentangan dengan ajaran islam seperti pelakon yang mendedahkan aurat dan menunjukan pergaulan bebas. Berikutan jawapan yang saya terima lebih daripada 1 saya menginginkan kepastian adakah haram atau halal apabila kita mendapatkan keuntungan daripada share movie? Pendapatan hasil movie: https://www.the-numbers.com/box-office-records/worldwide/all-movies/cumulative/all-time Artikel tentang hukum share movie: https://books.google.com.my/books?id=ZeDOmbj_jboC&pg=PR3&source=gbs_selected_pages&cad=2


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, di Malaysia, terdapatnya undang-undang yang berkaitan dengan cetak rompak, iaitu Akta HakCipta 1987. Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut. Terdapat pelbagai cara bagaimana hasil karya dirompak tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara: 1. Menerbitkan semula sebahagian atau kesemua hasil karya. 2. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF. 3. Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza. 4. Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”. (al-Syu’ara :183) Oleh yang demikian, perbuatan share adalah perbuatan tipu daya yang boleh merugikan pihak yang lain melainkan dijalankan perniagaan yang menepati syariah dan ada persetujuan yang dilakukan antara kedua belah pihak. Dalam konteks ini adalah faedah yang diperolehi oleh orang yang ‘share’ akan merugikan pihak yang lain bertungkus lumus menghasilkan karya-karya tersebut. Oleh yang demikian, ia adalah dilarang sama sekali. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 215

message user image