BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Moga anda sentiasa di bawah lindungan Allah. Saya ingin bertanyakan soalan. Saya ingin mengqada solat yang telah saya tinggalkan selama setahun. Ketika solat, saya membaca bacaan dalam solat saya sangat lambat. Walaupuj saya hanya membaca rukun, solat subuh saya adalah selama 10 minit. Apatah lagi solat yang empat rakaat. Sudah tentulah sehingga 20 minit. Saya ingin mengganti solat saya secepat mungkin jadi saya merancang untuk mengganti 1 hari solat selepas setiap kali solat. Jadi, jika saya ingij buat begitu, sudah tentulah saya akan menghabiskan lebih kurang 2 jam selepas setiap kali solat untuk mengganti 1 hari solat. Jadi, bolehkah saya memasang fon telinga untuk mendengarkan bacaan solat supaya solat saya tidak begitu lama dan tidak begitu memenatkan. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat yang telah ditinggalkan wajib diqada' semula. Solat dengan memasang earphone telinga dengan tujuan untuk membantu bacaan dalam solat adalah sah selagimana setiap rukun qauli solat seperti takbiratul ihram, bacaan surah al-fatihah, bacaan tahiyyat akhir dan salam dibaca dengan jelas oleh orang yang solat. Jika semata-mata mendengar bacaan dari earphone sahaja tanpa sebarang bacaan dari orang yang solat maka solat tidak sah. Solat qada' hendaklah dilakukan mengikut kemampuan dan kelapangan masa untuk memastikan kualiti solat terjaga.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 139

message user image