BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

saya ingin bertanya mengenai Upah haji dan badal haji.

bolehkah anak kita melakukan Upah haji untuk datuk dan ayah nya, jika ayah nya tidak dapat melakukan untuk datuknya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, jika seseorang itu telah meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji, sedang dia ada meninggalkan harta dan semasa hayatnya berkemampuan untuk melakukannya, maka warisnya wajib melakukan badal haji menggunakan harta peninggalannya. Sekiranya semasa hayatnya, arwah bukanlah individu yang berkemampuan maka tidak wajib untuk badal haji kepadanya. Namun jika waris ingin melaksanakan haji bagi pihak arwah adalah harus hukumnya. Ini kerana haji merupakan hak Allah SWT, maka ia lebih utama untuk ditunaikan oleh waris. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas radiallahunhuma, katanya:

أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ

MaksudnyaSeorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, namun dia tidak sempat menunaikan haji sehinggalah dia meninggal dunia. Apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?” Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan. (Riwayat al-Bukhari)

Berhubung pemberian upah haji kepada waris yang melakukan badal haji ia adalah diharuskan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 118

message user image