Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum , persoalan saya adakah hukum qazaf gugur contoh apabila seorng ii itu bertaubat secara diam ² . Apakah hukum bgi org yg tidak mengetahui qazaf Ataupun tuduhan secara ats talian tpi tidak menyebutkan nama nya secara jelas atau org lain itu tidak mengetahui siapa yg di tuduh .
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Secara umum seseorang yang melakukan kesalahan tanpa diketahui perbuatan tersebut adalah salah di sisi syariat maka perkara tersebut adalah dimaafkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
إِنَّ اللَّهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
Maksudnya: , Sesungguhnya Allah menggugurkan dari umatku sesuatu yang dilakukan kerana tersalah, terlupa dan sesuatu yang dipaksa ke atasnya (tanpa kerelaannya)." (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam Islam qazaf adalah kesalahan jenayah hudud sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat 4:
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Dalam istilah syarak Qazaf adalah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan dosa dalam dan pelakunya wajib bertaubat. Sekiranya tuduhan dibuat dimedia sosial mohonlah maaf secara terbuka di media sosial kerana ia adalah syarat sah taubat jika dosa yang dilakukan melibatkan manusia.
والله أعلم بالصواب