BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum wbt 

Saya Junidah Bt Abdul Rahim dari Hospital Shah Alam ingin mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Mufti Selangor berkaitan hukum seorang pengendali jenazah lelaki tayamumkan jenazah wanita yang disebabkan kematian Covid-19, sedangkan pada masa yang sama terdapat pengendali jenazah wanita yang boleh melaksanakan Fardhu Fifayah tersebut. Adakah terdapat kelonggaran khususnya di dalam tempoh pandemik ini? Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, hukum asal bagi pengurusan jenazah perlulah dikendalikan mengikut adabnya iaitu sekiranya jenazah lelaki perlu dikendalikan oleh pengendali lelaki, begitu juga sebaliknya. Maka apabila terdapat  jenazah wanita disebabkan Covid-19, ianya  perlu diuruskan / ditayamumkan oleh pengendali jenazah wanita juga.

Lebih-lebih lagi apabila terdapat pengendali jenazah wanita yang mampu menguruskan jenazah wanita. Walaupun pada musim pandemik ini berkemungkinan banyak jenazah yang perlu diuruskan, ia tidak bermakna terdapat kelonggaran dalam menguruskan jenazah. Seandainya tidak didapati maka dicadangkan pihak hospital perlu berusaha untuk menyediakan pasukan pengendali jenazah wanita. Pihak hospital juga boleh mendapatkan bantuan mana-mana kumpulan sukarelawan dari kalangan wanita  bagi menguruskan jenazah wanita. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 57

message user image