Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jika dibulan puasa saya tidur dan terjaga pada pukul 10 pagi dan terlihat ada air mani pada seluar saya . Sah ke jika saya berpuasa atau telah batalnya puasa?
Jawapan
Hukum bagi perbuatan tidak sengaja adalah tidak batal puasa tetapi wajib mandi hadas besar disebabkan keluarnya mani. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.