Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum saya berumur 14 tahun saya kencing Dan keluar air bewarna keruh selepas saya kencing tetapi tidak memancut Dan tidak berasa lazat,adakah itu air wadi atau wadi?.adakah saya perlu mandi wajib?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ciri air yang dinyatakan bukanlah ciri air mani yang menyebabkan hadas besar dan diwajibkan mandi hadas / mandi wajib. Ini kerana air mani sifatnya memancut dan berwarna putih. Berkemungkinan air yang keluar tersebut adalah air wadi, atau mazi yang kedua-duanya merupakan najis dan hanya wajib dicuci jika terkena pada tubuh badan atau pakaian.
Mazi adalah cecair jernih melekit yang keluar ketika merasa syahwat, manakala Wadi adalah cecair keruh yang keluar akibat melakukan kerja atau mengangkat barang yang berat.
Seandainya perkara tersebut sering berlaku, adalah disarankan untuk merujuk kepada doktor perubatan bimbang terdapat masalah kesihatan.
والله أعلم بالصواب