Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Dalam Islam, seorang suami bertanya kan masa lalu istri, kalau istri enggan menjawab apakah istri termasuk dalam golongan istri yang durhaka?
Wajibkah seorang istri menceritakan masa lalu sebelum menikah dengan suami?
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan puan,
Adalah tidak menjadi suatu kewajipan bahkan tidak harus untuk isteri menceritakan perkara yang terdahulu dan tidak menjadi derhaka sekiranya perkara tersebut merupakan perkara keaiban atau sesuatu yang memalukan yang boleh mencemarkan nama baik.
Walau bagaimanapun, sekiranya perkara tersebut melibatkan hukum agama, seperti ketidaksahan bapa sebagai wali yang menyebabkan suatu akad nikah adalah tidak sah. Perkara tersebut wajib diberitahu walaupun tidak diminta kerana ia melibatkan kesucian agama dan kesucian keturunan.
والله أعلم بالصواب