BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,Saya ingin bertanya tentang:

1)Hukum menonton anime

2)Hukum aurat karekter animasi di dalam anime seperti tidak menutup kepala atau memakai seluar pendek

3)Apakah berdosa menonton anime yg bertema sihir (ketika berlawan),Devil or Demon,Kelahiran semula(Reincarnation)dan Time travel dengan hanya mempercayai itu fiksi dan rekaan semata mata dan tidak mempercayai di dunia nyata

4)Apakah berdosa jika menonton anime bertema love story,RomCom,Romance.apakah ini termasuk menyokong perzinaan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المريلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, 

  1. Hukum menonton anime adalah harus.
  2. Melihat karektor animasi perempuan yang tidak menutup aurat seperti tidak menutup rambut adalah harus kerana ia bukan manusia. Walau bagaimanapun, seandainya karektor animasi perempuan itu berpakaian seksi yang tidak sopan atau boleh menaikkan syahwat maka hukum melihatnya adalah haram.
  3. Hukum menonton anime yang bertema sihir (ketika berlawan), Devil or Demon, Kelahiran semula (Reincarnation) dan Time travel adalah harus sebagaimana menonton filem biasa yang mengandungi unsur atau adegan khurafat dan sihir selama keseluruhan filem tersebut memberikan pengajaran yang baik dan tidak bercanggah dengan akidah Islam atau membawa serta mengajak kepada kesyirikan.
  4. Seandainya menonton anime tersebut boleh menimbulkan syahwat atau tema atau cerita anime tersebut secara tidak langsung boleh membawa pengaruh terutamanya remaja ke arah penzinaan atau kemaksiatan maka hukumnya adalah haram.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 1476

message user image