BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Mohon kaedah sebenar sembahyang bagj orang yang tidak boleh sujud atau sembahyang atas kerusi. Berbagai yang disarankan oleh ustaz2 di media sosial. Ada yang menyuruh duduk dahulu sebelum rukuk dan kemudian sujud dan pastikan tunduk untuk sujud lebih rendah dari tunduk ruku'. Ada kaedah menyuruh ruku' 2 kali: Satu untuk ruku' dan satu sujud dan sebolehnya untuk sujud lebih tunduk agar punggung lebih tinggi dari kepala. Mohon sangat pencerahan kerana kami golongan tua jadi keliru. Wasalam.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kaedah bagi menunaikan solat duduk di atas kerusi, bagi yang tidak boleh berdiri, boleh rujuk ke link berikut untuk muat turun panduan solat bagi pesakit; http://m.e-muamalat.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/panduan_bersuci_dan_bersolat_bagi_pesakit.pdf والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 141

message user image