BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ada menerima tips daripada pelanggan selepas berjaya melakukan penghantaran makanan (grab) pada rumah pelanggan. Pelanggan telah memberi tips (duit) pada saya dengan mengatakan "buatlah belanja minum-minum". Adakah saya hanya boleh menggunakan duit tersebut bagi tujuan membeli minuman sahaja ataupun boleh menggunakan duit tersebut untuk tujuan apa sekali pun? Mohon penjelasan tuan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan berkaitan tips yang diterima dari pelanggan.

Berdasarkan uruf atau kebiasaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat berkaitan ungkapan‘duit minum-minum’ bukanlah merujuk kepada pengkhususan kepada duit itu hanya untuk minum atau makanan sahaja. Oleh itu, belanja duit yang diberikan oleh pelanggan tersebut dibolehkan untuk keperluan-keperluan lain yang halal di sisi Islam.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 162

message user image