BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam ustaz,

Soalan saya,

Seberang jalan di hadapan rumah saya ada pokok buah mangga yang ditanam oleh pemaju perumahan.

Ada beberapa batang pokok buah di sekitar perumahan ini kerana telah ditanam oleh pemaju.

Jiran2 saya tiada yg berminat utk mengambil buahnya dan kdg2 buah gugur dan busuk begitu sahaja.

Adik saya telah menjual buah2 tersebut dan mendapat wang hasil jualannya.

Adakah wang hasil jualan buah tersebut halal untuknya? Sedangkan buah itu bukan ditanam olehnya tetapi ditanam oleh pemaju. Dia juga tiada hak milik terhadap pokok itu.

Mohon penjelasan dr pihak ustaz dgn kadar segera supaya adik saya tidak termakan wang yg tidak halal.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, kami mulakan dengan firman Allah SWT  dalam surah al- Nisa' ayat 29 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Bermaksud :“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu  memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil. kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”  

Pada kebiasaannya menurut adat, pokok-pokok yang ditanam oleh pihak pemaju perumahan seperti pokok mangga adalah untuk mengindahkan kawasan perumahan tersebut. Jadi, pokok-pokok tersebut boleh dimanfaatkan oleh warga penduduk di kawasan perumahan tersebut secara bersama. Diharuskan mengambil manfaat pokok tersebut seperti menjual buahnya tanpa menjejaskan hak penduduk yang lain.   

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 160

message user image