BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammmualaikum ustaz.. 

Terima kasih menjawab pertanyaan saya.. Saya ada 1 kemusykilan.. saya duduk rumah taman dan selalu bersihkan tanah hanya di blkg rumah saya shj.. takut ular n binatang berbisa. Sejak duduk di sini 10thn tidak pernah ada yg dtg bersihkan tanah tersebut dan saya tidak tahu siapa owner tanah tersebut. Baru2 ni sejak PKP 3.0, saya ada bercucuk tanam di belakang rmh. Hanya  pokok sayur spt ubi, pisang, kangkung, sawi dan hanya untuk makan sendiri shj. Apa hukum saya menanam di tanah tersebut dan apa makan tanaman tersebut serta berkongsi dgn jiran? Saya dh puas cari owner tp tak jumpa.. saya pn ada bertanya pada owner tanah sebelah & beliau pn tidak tahu sejak sekian lama berkebun durian di situ.. saya berasa serba salah n berdosa.. saya nk cabut semua pokok sayur terasa sayang.. Harap ustaz dapat menjawab persoalan saya ini.. terima kasih.. Assalammmualaikum..


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan tuan, tahniah kerana tuan berhati-hati di dalam memastikan apa yang tuan perolehi adalah dari sumber yang halal. Membersih serta menanam sayur-sayuran di kawasan belakang rumah yang merupakan milik orang lain pada asalnya perlu meminta izin dari tuan tanah sekiranya diketahui pemiliknya. Walau bagaimanapun jika tidak diketahui pemilik tanah tersebut, membersihkan kawasan belakang rumah dari semak samun adalah dibenarkan bagi mengelakkan kehadiran binatang berbisa seperti ular dan sebagainya. Menanam sayuran sebagai usaha mengawal kawasan tersebut dari semak samun lalu mengambil hasilnya adalah diharuskan selama ia tidak kelihatan seperti menceroboh seumpama membina bangunan kekal, atau selama tidak terdapat tanda larangan, atau selama tidak berpagar. Sekiranya satu ketika nanti tuan tanah datang lalu melarang bercucuk tanam, maka perlulah akur terhadap larangan tersebut.    

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

                                                           


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 223

message user image