Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya
1.jika seseorang itu melafazkan nazar tanpa niat untuk bernazar.Adakah ia dikira sebgai nazar?
2.Jika seseorang itu bernazar setelah sekian lama,dia telah melupakannya nazarnya itu,sampai suatu ketika dia teringat kembali nazarnya itu,tetapi seingatnya nazar itu hanya didalam hati
namun dia ragu-ragu sama ada menyebut lafaz nazar itu ataupun hanya niat di dalam hati.Bagaimana hukum nazarnya?
Mohon pencerahan ustaz.
Terima kasih atas pencerahan yang diberikan
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته ...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد Merujuk kepada persoalan saudari, Merujuk kepada persoalan saudari, melakukan nazar menggunakan lafaz nazar (lafaz sorih atau jelas) seperti "aku bernazar jika...", maka nazar tersebut adalah sah walaupun tanpa niat dengan sepakat para Ulama'. Begitu juga lafaz yang memberi makna kemestian seperti: "Jika aku berjaya, adalah wajib bagi aku untuk..." dianggap sebagai nazar yang sah di dalam mazhab Syafi'i. Nazar adalah sah sekiranya ia dilafazkan. Berniat sahaja di dalam hati tanpa melafazkannya belum lagi dianggap nazar yang sah. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W bersabda: إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ Maksudnya: Allah telah memperkenankan permohonanku agar Dia memaafkan segala bisikan dalam hati dalam kalangan umatku, selagimana mereka tidak melakukannya atau melafazkannya. (Sahih Al-Bukhari). Apabila terdapat keraguan samaada ada melafazkan nazar atau tidak, kembali kepada hukum atau keadaan asal. Keadaan asal adalah bahawa nazar tidak wujud (ini kita yakini). Kemudian berlaku keraguan sama adalah ada melafazkan nazar atau tidak. Dalam situasi begini, keraguan tidak dapat mengubah apa yang kita yakini (yakin bahawa nazar tidak wujud). Oleh itu, nazar dianggap sebagai tidak berlaku. Ini sebagaimana kaedah fiqh yang menyatakan: اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ Maksudnya : Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan). Sehubungan itu, sekiranya pihak saudari yakin nazar tersebut hanya diniatkan sahaja maka ia tidak jatuh sebagai hukum nazar, jika yakin dengan yang sebaliknya maka wajib untuk menunaikan nazar tersebut. والله أعلم بالصواب |