Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam saya nak bertanya berkenaan dengan membeli 'mystery box' (barang yg tak diketahui isinya atau barang disenaraikan kita dapat secara rawak), apakah hukum membelinya dan boleh berikan penjelasan yang lengkap?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan berkaitan mystery box:
Rukun-rukun jual beli ialah:
Pada dasarnya, jual beli barangan yang tidak jelas seperti mystery box mengandungi unsur gharar yang diharamkan dalam Islam. Gharar bermaksud sesuatu yang tidak pasti atau tidak jelas keadaannya. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ، وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang jual beli al-hashah (melempar batu) dan jual beli gharar (ketidakjelasan)”. (Riwayat Muslim)
Kesimpulannya, Jual beli sebegini tidak diharuskan dan terbatal di sisi Syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik. Konsep jual beli cara ini menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukainya setimpal dengan harga yang telah dibayar. Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang ditetapkan oleh Syarak.
والله أعلم بالصواب