Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya perasan kesan tompokan putih pada seluar sedangkan saya tidak bermimpi atau melakukan perbuatan merangsang dan bila saya membau tompokan putih itu tidak ada bau dan apa yang saya pelajari jika kesemua sifat air mani tidak ada maka tidak perlu mandi wajib kerana ia bukan mani, adakah ini betul?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, kesan tompokan tersebut bukan daripada air mani dan tidak perlu mandi wajib. Ia merupakan air wadi yang biasanya akan keluar melalui kemaluan samada lelaki mahupun wanita setelah membuang air kecil (air kencing) atau kerana bekerja berat. Air wadi ini najis dan perlu dibersihkan sahaja dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.