Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Soalan saya ringkas sahaja.
Saya ingin bertanya tentang apakah hukum cecair yang keluar daripada fajar isteri ketika sedang melakukan persetubuhan iaitu apabila isteri sedang klimaks. Cecair yang keluar itu bewarna jernih dan keluar dengan banyak tetapi tidaklah berbau seperti kencing. Adakah cecair itu hukumnya sama seperti air kencing ? Adakah ia najis? Mohon dapat menjawab pertanyaan saya ini. Terima kasih.
Boleh hantar jawapan ke email saya di atas.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Untuk pengetahuan pihak tuan, terdapat dua cecair yang mungkin keluar dari faraj wanita semasa melakukan hubungan kelamin.
Hukum kedua-dua air mazi dan air squirt adalah najis mutawasitah. Ia perlu disucikan dengan cara membasuh tempat yang dicemari dengan menggunakan air sehingga hilang warna, bau dan rasa.
Berdasarkan kepada ciri-ciri air yang pihak tuan nyatakan di dalam soalan tuan, ia adalah air squirt. Hukumnya adalah sebagaimana yang dinyatakan di atas, ia najis mengikut hukum air kencing.
والله أعلم بالصواب