BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Semalam telah berlaku pertengkaran antara saya dan suami di dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Oleh kerana tidak tahan dengan maki hamun & kata-kata kesatnya saya telah berkata "Lepaskan la saya" dan suami menjawab "Ok saya lepaskan, keluar sekarang". Apabila saya hendak membuka pintu kereta, suami terus pandu kereta & tidak membenarkan saya keluar sehinggalah sampai ke rumah. Di rumah suami tidak berkata apa-apa tentang apa yang dilafazkan tadi seperti tiada apa yang berlaku. Persoalannya adakah jatuh talak terhadap saya ustaz? Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, perkataan “ok saya lepaskan..keluar sekarang” adalaha lafaz kinayah iaitu lafaz yang merujuk kepada niat suami. Jika niat adalah bercerai maka jatuhla, namun sebaliknya maka tidak jatuh talak. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk segera kepada mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 99

message user image