BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. 

Saya ada kemusykilan mengenai makanan yang order menggunakan apps delivery (grab, foodpanda dll) 

Biasanya rider tak dapat nak pilih makanan yang dihantar sama ada halal atau tidak halal. Kalau saya order makanan, makanan itu akan diletakkan dalam beg yang kemungkinan bercampur dengan makanan tidak halal. 

Soalannya, perlukah saya samak plastik atau kotak makanan saya? Kalau kering mungkin tak perlu tapi kalau saya order air sejuk, sudah tentu basah dan terkena beg yang mungkin ada bawa makanan tidak halal tu..

Minta beri penjelasan. Saya jadi was2 nak order guna apps delivery.. Terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, kotak/bekas/bungkusan makanan yang sampai kepada puan tidak perlu untuk samak/sertu. Ini kerana asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap suci sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqah:

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: "Asal hukum sesuatu perkara itu adalah suci".

Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang suci. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 137

message user image