BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada satu soalan ingin diajukan,saya ingin mengetahui apakah hukum jika saya dan adik beradik saya mengeluarkan duit dari bank ayah setelah ayah kami meninggal dunia?untuk kegunaan harian n duit tersebut dibahagikan sama rata pada adik beradik..apakah hukum jika kami mengeluarkan faraid tersebut dan menggunakannnya tanpa merujuk mana-mana pihak?mohon pencerahan dari pihak tuan.

Soalan ini sebagai contoh shj sebab ada diantara keluarga2 lain banyak dah kami jumpa dan dengar kes macam ini, kami suka berbincang soal hukum hakam jd kami ada kekeliruan sikit tentang ini.Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Harta peninggalan si mati wajib diuruskan mengikut keutamaan. Antara perkara pertama yang perlu diselesaikan adalah melunaskan segala hutang-hutang si mati baik hutang sesama manusia mahupun hutang si mati dengan Allah SWT seperti perlaksanaan ibadah haji yang masih belum dilaksanakan oleh si mati semasa hayatnya sedangkan si mati berkemampuan. Pelunasan hutang boleh dibuat dengan menggunakan harta peninggalan si mati. 

Perkara seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah melunaskan wasiat-wasiat si mati berkaitan harta yang ditinggalkan mengikut panduan syarak. Seterusnya baki atau lebihan daripada semua perkara di atas barulah dibahagikan mengikut hukum faraid terlebih dahulu agar setiap ahli waris tahu bahagian serta nilai harta yang diterima oleh setiap ahli waris. Hanya setelah semua para waris mengetahui bahagian serta nilai harta pusaka yang mereka berhak dapat, maka diharuskan bagi mereka untuk membuat persetujuan pembahagian sama rata di antara mereka.

Pembahagian harta pusaka boleh dibuat tanpa merujuk pihak lain jika mempunyai kepakaran ilmu berkaitan faraid. Walau bagaimanapun adalah lebih baik merujuk kepada pihak yang berkaitan seperti Majlis Agama Islam Selangor agar tidak timbul permasalahan di kemudian hari.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.    


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 173

message user image