BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum mufti,

Saya dulu pernah bekerja di hotel dan saya ada menguruskan satu event dimana pembayaran dan quotation dah tulis dan ditandatangani antara saya dan pihak yang ingin menganjurkan event tersebut. Tetapi setelah selesai semuanya, baru saya perasan saya tersilap kira, akan tetapi persutujuan sudah ditandatangani dan saya sudah sahkan dengan pelangang tersebut beberapa kali sebelum menandatagani sebut harga sama ada pihak tersebut bersutuju atau tidak dengan harga yang telah dinyatakan di dalam sebut harga(quatation). Sekarang saya sudah bekerja di syarikat lain, bukan hotel tersebut.

Saya rasa, harganya berjumlah yang besar dan saya tidak rasa saya dapat membayar selebihnya

Jadi, adakah saya perlu membayar balik jumlah yang terlebih kira?

Terima kasih diatas masa yang diluangkan... ... 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, 

Semoga Allah SWT memberi keampunan dan kemaafan atas kesalahan yang tidak sengaja dilakukan setelah sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan teliti melalui proses semakan dan pengesahan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas RA bahwa Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّ اللَّهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah akan menggugurkan dari umatku sesuatu yang dilakukan kerana tersalah, terlupa dan sesuatu yang dipaksa ke atasnya (tanpa kerelaannya)." (Riwayat Ibnu Majah).

Dan sekiranya tuntutan pembayaran itu perlu dilakukan, pastinya syarikat lama tempat tuan bekerja dahulu mempunyai polisi berkaitan bayaran tuntutan balik tersebut melibatkan perbincangan antara pihak-pihak yang terlibat. Kesalahan ini tidak sewajarnya ia dipikul oleh satu pihak atau seorang individu sahaja. Namun perkara yang perlu diselesaikan dengan cara pihak Syarikat perlu memaklumkan kepada pelanggan tersebut bahawa telah berlaku kesilapan dalam proses pembayaran dan sebarang tuntutan dari pelanggan tersebut perlu dilunaskan oleh pihak syarikat kerana hak pelanggan tersebut telah diabaikan disebabkan kecuaian ketika proses pembayaran dilaksanakan. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 147

message user image