BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya baru melahirkan seorang anak perempuan. Suatu hari saya dan suami berbual dan suami menyatakan bahawa anak perempuan kami mirip wajahnya dari segi mata, hidung, telinga dan semua bentuk fizikalnya. Sambil bergurau suami menyatakan cuma satu sahaja yang anak perempuan saya sama dengan saya iaitu kemaluan sahaja. Saya kemudian bertanya pada suami adakah suami bermaksud menziharkan anak kepada saya tetapi suami menyatakan bahawa dia tidak bermaksudkan zihar. Soalan saya adakah kenyataan suami saya dianggap zihar? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, zihar menurut istilah syarak adalah merujuk kepada perbuatan seorang suami yang melafazkan kata-kata bahawa isterinya serupa anggota zahir perempuan yang haram  dikahwini selama-lamanya seperti ibu, anak perempuan atau lain-lainnya.  Seperti kata-kata suami kepada isteri: "Dada kamu seperti dada ibuku", yang mana  penyamaan ini  memberi maksud bahawa isteri sama seperti ibu. Sebagaimana haram bagi suami mengahwini atau menyetubuhi ibunya, begitu juga haram bagi suami mengahwini atau menyetubuhi isterinya. Perbuatan ini adalah haram dan berdosa. Dalam situasi seperti yang puan nyatakan, ucapan itu tidaklah bermaksud zihar sebagaimana yang dinyatakan oleh suami puan kerana maksud yang ingin disampaikan oleh suami puan adalah jantina anak tersebut adalah perempuan sama sebagaimana jantina isterinya.

والله أعلم بالصواب

 

 

 

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 143

message user image