BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

soalan saya

bagaimana hisap/perhitungan tempat di akhirat nanti bagi org kafir yang tidak pernah diberitahu/disampaikan syiar islam kepadanya....sebagai contoh,,dia dilahirkan bukan islam/org asli di pedalaman atlantika(contoh)...tidak pernah mengetahui syiar/akidah islam sepanjang hidupnya..tiada kemudahan komunikasi,,,,hnya hidup dlm koloninya sahaja,,,,kemudian dia mati,,dan dia diazab,,,adakah adil baginya bg seorg hamba allah sedangkan ketika hidupnya syiar islam tidak pernah sampai di pengetahuannya,,,jika sampai ilmu akidah islam kepadanya,nescaya dia akan memilihnya,,,,jd soalan sy,,bagaimana hukuman bg sorg manusia itu jika ketika hidupnya sinar islam(pengetahuan) islam tidak sampai kepadanya dan dia dihukum kerana tidak mengenal allah.?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, persoalan di akhirat kelak adalah rahsia dan dalam pengetahuan Allah SWT semata-mata. apa yang perlu kita imani dengan yakin adalah Allah SWT bersifat dengan Maha Adil dan tidak sesekali menganiaya hamba-Nya dalam segala hal termasuk dalam urusan menghitung dan membalas segala amalan yang dilakukan. Firman Allah SWT di dalam surah al-Nisa' ayat 40;

إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا  

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya seseorang sekalipun seberat zarah, dan kalaulah (amal seberat zarah itu) merupakan amal kebajikan, nescaya Allah akan menggandakannya dan akan memberi dari sisi-Nya pahala yang besar."

Keadaan orang yang belum memeluk Islam amat diketahui oleh Allah SWT sama ada telah sampai dakwah Islam kepada mereka atau tidak. Justeru itu, segala hisab dan pembalasan mereka adalah sesuai dengan keadaan yang mereka hadapi. Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra' ayat 15;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya: "Dan tidaklah Kami  (Allah) mengazab sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)".

Di dalam Tafsir al-Tabari, al-Qatadah menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa : Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta'ala tidak akan mengazab seseorang sehinggalah sampai kepadanya khabar atau keterangan Allah dan tidak akan mengazab seseorang kecuali dengan sebab dosanya.

Oleh yang demikian, seseorang yang tidak mengenal Allah SWT kerana tidak sampai kepadanya dakwah tidak akan dihisab di akhirat nanti. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 197

message user image