BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Mufti, Saya ada beberapa soalan berkaitan najis.

Jika kita keluar sedikit air mazi contohnya seditik disebabkan tonton perkara yang menaikkan syahwat, kemudian air mazi itu kering dan kita terus pergi tidur. Kemudian kita bangun pada waktu pagi tukar seluar dan meletakkan seluar yang kena air mazi tadi di lantai, adakah ia akan memindahkan najis, kerana waktu tidur tubuh badan kita dan sekitar kawasan kemaluan kita mengeluarkan sedikit ( lembapan peluh ). Bagaimana jika lantai tersebut telah dipijak dengan kaki yang basah berkali - kali? Adakah ini sudah dikira was was? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Air mazi adalah  air yang berwarna putih, halus dan melekit yang  keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat dan tidak wajib mandi disebabkan  keluar mazi. Hadis hadis riwayat Saidina Ali RA, bahawa  Nabi SAW bersabda:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ

Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”(Riwayat Abu Daud)

Merujuk kepada persoalan tuan, seluar yang terkena air mazi tadi hendaklah dicuci dan dibersihkan. Manakala tindakan kita  dengan meletakkan seluar tersebut di atas lantai atau tempat lain tidaklah dianggap memindahkan najis tersebut walaupun lembab akibat peluh tubuh badan. Kecuali sekiranya terdapat kesan yang jelas air mazi tersebut pada lantai, maka wajiblah dicuci dan dibersihkan. Adalah disarankan untuk menyediakan bekas khas baju kotor dan tidak meletakkan seluar tersebut merata-rata.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 375

message user image