Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya seorang lelaki yang mempunyai rambut keriting.Saya ingin membotakkan rambut bagi tujuan perubatan. Apakah hukum sekiranya saya memakai rambut palsu sementara menungggu rambut baharu untuk tumbuh semula?. Selain itu, apakah hukum sekiranya saya menyambung rambut bagi menggantikan rambut yang keriting tersebut?
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد Merujuk kepada persoalan tuan, membotakkan rambut untuk perubatan adalah diharuskan. Namun, kami tidak mengetahui perubatan apa yang dimaksudkan. Sekiranya membotakkan rambut yang kerinting dengan tujuan menjadikannya lurus adalah tidak dibenarkan kerana ia termasuk di dalam perbuatan mengubah kejadian Allah swt yang dilarang agama Islam. Sebagai firman Allah swt dalam Surah al-Nisa' ayat 119 : وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَننْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” Manakala hukum memakai rambut palsu, Jumhur Ulamak meletakkan 2 illah atau sebab pengharamannya. 1. Unsur penipuan atau tadlis, 2. Najis. Pertama, seandainya bahan rambut tersebut dari rambut asli atau bahan yang menyamai rambut, maka ia tidak dibenarkan kerana terdapat unsur penipuan, Sekiranya pandangan umum tahu bahawa apa yang dipakai itu jelas bukan rambut asli maka ia dibenarkan kerana tiada unsur penipuan. Kedua, bahan yang digunakan hendaklah dari bahan yang suci. Sekiranya dari bahan yang najis, maka ia tidak dibenarkan. Merujukkan kepada hukum menyambung rambut, ia adalah perbuatan yang dilarang dan diharamkan dalam Islam. Larangan tersebut adalah berdasarkan hadis daripada Asma’ binti Abi Bakr RA, bahawa seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW lalu mengadu kepadanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru menikah. Dia telah terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan rambutnya keguguran. Bolehkah saya menyambung rambutnya (dengan rambut palsu)? Lalu Baginda SAW bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ Maksudnya: “Allah melaknat al-washilah (orang yang menyambung rambut) dan al-mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya).” Riwayat Muslim والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.
|