BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam. Sahkah talak perbuatan/isyarat bagi orang yang boleh bercakap. Sekiranya sah perlukah disaksikan isteri. Dan sahkah talak perbuatan/ isyarat tangan sekiranya isteri atau saksi tidak faham?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan,

1. Jumhur ulama’ berpandangan tidak sah talak secara isyarat bagi orang yang mampu berkata-kata.

2. Talak secara isyarat / perbuatan hanya sah bagi orang yang tidak mampu berkata-kata atau bisu dengan syarat, isyarat tersebut difahami secara jelas dan tidak membawa maksud yang lain melainkan talak. Justeru, jika isyarat itu tidak difahami oleh isteri mahupun saksi atau mana-mana orang pun, maka talak tidak berlaku.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 595

message user image