Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah batal puasa fardhu ramadhan bilamana memakai inhaler pada siang hari. Mohon nyatakan pendapat ulama berkaitan perkara ini dan banyak pendapatnya diikuti oleh pegangan ahli Sunnah waljamaah.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, menggunakan inhaler membatalkan puasa berdasarkan kepada garis panduan berpuasa bagi pesakit yang dikeluarkan oleh JAKIM, gas semburan daripada alat inhaler mempunyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika disembur di atas kertas. 90% darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna setiap jisim-jisim gas itu akan masuk ke perut setiap kali semburan. Oleh sebab itu hukum puasa bagi mereka yang mengambil rawatan perubatan menggunakan inhaler ketika sedang berpuasa adalah batal dan puasa tersebut perlu diganti berdasarkan jumlah yang ditinggalkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.