BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

soalan sy, apakah hukumnya jika seseorang telah disahkan mengalami kegagalan buah pinggang tetapi dia menolak utk meneruskan rawatan dialisis.. kemudian dia meninggal dunia. adakah ia dikira bunuh diri kerana tidak berusaha menjaga nyawa? 

dan apakah hukum nya.. jika seorang anak kecil ( 6 tahun ke bawah) di sahkan mengalami kegagalan buah pinggang.. kemudian ibu bapanya mengambil keputusan utk menolak rawatan dialisis kerana takot akan lbh memudaratkan anak nya melalui proses dialisis dan takot melihat melalui kesan2 dialisis. adakah ibu bapa tersebut berdosa?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perbuatan tersebut tidak dikira sebagai membunuh diri. Sungguhpun begitu seseorang yang telah disahkan berpenyakit perlulah berusaha untuk mengubati penyakit tersebut dengan pelbagai cara dan ikhtiar. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A  daripada Nabi SAW bersabda : 

 مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Maksudnya: “Allah tidak akan menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia akan menurunkan ubatnya”. (Riwayat al-Bukhari) 

Sebagai seorang ibu bapa, perlu berusaha untuk mendapatkan rawatan bagi merawat sesuatu penyakit yang dialami oleh anak-anak malah ianya adalah salah satu langkah ikhtiar dan usaha untuk memperolehi penawar terhadap penyakit yang dialami mereka. Ini kerana Nabi SAW memberi saranan supaya berubat dengan apa jua perubatan selagi mana ianya tidak dihukumkan haram. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abi Darda’ R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلَا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram.” (Riwayat Abu Daud)

Setelah berusaha dengan sebaiknya, adalah menjadi keutamaan berdoa kepada Allah SWT dan sentiasa bersabar seperti yang disarankan oleh Nabi SAW yang diriwayatkan oleh  'Athaa bin Abu Rabah:-

 إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ قَالَتْ أَصْبِرُ قَالَتْ فَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا

"Jika engkau berkenan, engkau bersabar maka bagimu syurga,  dan jika engkau berkenan, maka aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menyembuhkanmu." Ia berkata; Tidak perlu bahkan aku akan bersabar. Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap atau menyingkap dariku. Maka baginda SAW mendoakan untuknya. (Riwayat Muslim)

Walau bagaimanapun, hendaklah seseorang itu meyakini bahawa ubat dan rawatan itu hanyalah ikhtiar semata-semata namun yang menyembuhkan segala penyakit adalah daripada Allah SWT.

والله اعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 206

message user image